SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL dan PERMIT KHAS:

1.1 Permit Barang Kawalan Berjadual
Di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Permit dikeluarkan ke atas mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan, yang dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan itu dia menggunakan atau mengambil mana-mana barang berjadual sebagaimana yang dinyatakan dalam Ruang 1 Bahagian IV Jadual, tidak boleh ada dalam milikannya kuantiti barang berjadual sebagaimana yang dinyatakan dalam Ruang 2 Bahagian IV Jadual.

Bil.Barang Kawalan BerjadualKuantiti
1.Tepung GandumMelebihi 12 kg
2.GulaMelebihi 12 kg
3.Minyak MasakMelebihi 12 kg
4.Gas Petroleum CecairMelebihi 42 kg
5.Semua gred petrolMelebihi 20 liter
6.Semua gred bahan api dieselMelebihi 20 liter

1.2 Permit Khas
Permit yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan atau Timbalan Pengawal Bekalan (Ketua Pengarah Penguat Kuasa) kepada syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk sesuatu kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.

2.1 Permit Barang Kawalan Berjadual dikeluarkan kepada mana-mana orang yang membeli, menggunakan atau menyimpan Barang Kawalan Berjadual seperti gula, minyak masak, tepung gandum, petrol, diesel dan gas petroleum cecair yang diperolehi daripada pemborong berlesen CSA untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula.

2.2 Permit Khas dikeluarkan kepada mana-mana orang yang membeli petrol atau diesel di stesen minyak selain untuk diisi dalam tangki asal kenderaan bagi kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula mengikut kelayakan aktiviti yang ditetapkan.

3.1 Lesen CSA dikeluarkan kepada mana-mana pihak yang membeli dan menjual semula Barang Kawalan Berjadual.

3.2 Permit Barang Kawalan Berjadual dikeluarkan kepada mana-mana pihak yang membeli, menggunakan atau menyimpan Barang Kawalan Berjadual untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula.

4.1 Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang ada membeli, menggunakan atau menyimpan enam (6) Barang Kawalan Berjadual yang dinyatakan dalam Perkara 1.1.

4.2 Mana-mana orang yang mendapatkan bekalan enam (6) barang tersebut daripada pemborong berlesen CSA.

5.1 Permit Barang Kawalan Berjadual:

Bil.Barang Kawalan Berjadual
1.Tepung Gandum
2.Gula
3.Minyak Masak
4.Gas Petroleum Cecair
5.Semua gred petrol
6.Semua gred bahan api diesel

5.2 Permit Khas:

Bil.Barang Kawalan Berjadual
1.Semua gred petrol
2.Semua gred bahan api diesel

6.1 Permit Barang Kawalan Berjadual:

Bil.Barang Kawalan BerjadualKuantiti
1.Tepung GandumMelebihi 12 kg
2.GulaMelebihi 12 kg
3.Minyak MasakMelebihi 12 kg
4.Gas Petroleum CecairMelebihi 42 kg
5.Semua gred petrolMelebihi 20 liter
6.Semua gred bahan api dieselMelebihi 20 liter

6.2 Permit Khas:

Bil.Barang Kawalan BerjadualKuantiti
1.Semua gred petrolMelebihi 20 liter
2.Semua gred bahan api dieselMelebihi 20 liter

7.1 Permit Barang Kawalan Berjadual: Bekalan diperolehi daripada pemborong berlesen CSA yang masih sah atau pihak yang dibenarkan oleh Pengawal Bekalan.

7.2 Permit Khas: Bekalan diperolehi daripada stesen minyak.

Berdasarkan Perintah Kawalan Bekalan (Pengecualian) 1991 [P.U.(A) 399 pindaan 14 Oktober 2021], mana-mana orang yang dalam apa-apa perjalanan perdagangan atau perniagaan berjadual dikecualikan dari permit dari permit bagi kategori dan kegunaan barang kawalan berjadual seperti berikut:-

Bil.Barang Kawalan BerjadualPembekalKegunaan
1.Semua gred petrolStesen MinyakMengisi tangki asal kenderaan bagi maksud menjalankan fungsi kenderaan itu
2.Semua gred bahan api dieselStesen MinyakMengisi tangki asal kenderaan bagi maksud menjalankan fungsi kenderaan itu
3.GulaPenjual BorongSebagai ramuan bagi makanan dan minuman yang disediakan oleh pengusaha hotel bagi maksud penyediaan di hotel itu.
4.Tepung GandumPenjual BorongSebagai ramuan bagi makanan yang disediakan oleh pengusaha hotel bagi maksud penyajian di hotel itu.

Tiada bayaran pemprosesan dikenakan.

Permohonan boleh dilakukan melalui Sistem Permit Bekalan.

Tidak boleh. Permohonan hanya diterima melalui Sistem Permit Bekalan sahaja.

Kriteria kelayakan boleh dirujuk di bahagian Kelayakan Permohonan dalam Sistem Permit Bekalan.

Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengawalselia alamat aktiviti dalam permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas tersebut.

14.1 Permohonan Baharu: Lima (5) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap;
14.2 Permohonan Pembaharuan: Tiga (3) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap;
14.3 Permohonan Pindaan: Lima (5) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap (bagi permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual sahaja)

15.1 Permit Barang Kawalan Berjadual: Maksimum 36 bulan atau 3 tahun
15.2 Permit Khas: Maksimum 12 bulan atau 1 tahun

Dokumen-dokumen bagi permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas boleh disemak di bahagian Manual Pengguna dalam Sistem Permit Bekalan.

Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas yang telah diluluskan boleh dimuat turun dan dicetak sendiri oleh pemohon di tempat sendiri.

Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas yang diluluskan boleh diperbaharui dan permohonan pembaharuan perlu dikemukakan 30 hari sebelum tamat tempoh sah permit tersebut. Walau bagaimanapun terdapat kategori Permit Khas yang tidak boleh diperbaharui.

19.1 Permit Barang Kawalan Berjadual: boleh dipinda bagi tiga (3) kategori iaitu:
(i) Maklumat Barang Kawalan Berjadual
(ii) Kuantiti Barang Kawalan Berjadual
(iii) Maklumat Pembekal

19.2 Permit Khas: Tidak boleh dipinda. Pemegang Permit Khas perlu mengemukakan pembatalan Permit Khas yang masih dalam tempoh sah sekiranya ingin memohon pertukaran apa-apa maklumat pada Permit Khas tersebut.

Mematuhi maklumat kelulusan dan syarat-syarat Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas.

Pengguna lama Sistem BLESS2.0 dan Sistem Permit Khas boleh menggunakan Sistem Permit Bekalan untuk memperbaharui Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas dengan menggunakan Log Masuk Pengguna (ID) yang sedia ada.

Pengguna kali pertama yang ingin memohon Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas melalui Sistem Permit Bekalan perlu menggunakan nombor kad pengenalan sebagai ID Pengguna.

Hanya pihak yang berjawatan tetap dalam agensi kerajaan atau syarikat atau pertubuhan dan diberi surat lantikan rasmi daripada agensi kerajaan atau syarikat atau pertubuhan berkenaan sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon untuk mengemukakan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas.

Pemegang Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas yang melanggar mana-mana syarat khas permit boleh disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengguna boleh merujuk di Bahagian Hubungi Kami dalam Sistem Permit Bekalan.

25.1 Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguat Kuasa, KPDN: Pertanyaan berkaitan dasar dan isu-isu melibatkan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas.

25.2 KPDN Negeri dan Cawangan: Pertanyaan status permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas yang telah dihantar.