KATEGORI KELAYAKAN PERMIT KHAS
BIL KEGUNAAN KETERANGAN HAD KUANTITI
1 Forklift Kegunaan untuk menggerakkan forklift yang digunakan di dalam gudang dan tidak dapat mengisi minyak di stesen minyak kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
2 Pertanian dan Penternakan Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti pertanian dan penternakan. Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
3 Pengusaha Industri Makanan Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau alatan untuk memproses makanan dan minuman. Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
4 Penempatan Pedalaman & Pulau Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi keperluan harian penduduk kediaman atau fasiliti awam di kawasan pedalaman dan pulau. Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian
5 Pengangkutan Air Untuk pergerakan menggunakan bot atau jentera air termasuk penghantaran barangan, hasil tanaman atau kegunaan penduduk.
  • ≤ 100 liter sehari
  • ≤ 200 liter sehari jika jarak melebihi 30km dari pemborong berlesen
6 Rekreasi Air Kegunaan untuk aktiviti rekreasi air menggunakan peralatan bermotor seperti di pantai, sungai atau tasik. Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
7 Pelancongan Kegunaan dalam sektor pelancongan seperti bot pelancong, chalet, inap desa dan rumah peranginan.
    Semenanjung Malaysia:
    • Diesel: ≤ 1000 liter / hari
    • Petrol: ≤ 1000 liter / hari
    Sabah, Sarawak & Labuan:
    • Diesel: ≤ 1000 liter / hari
    • Petrol: ≤ 1000 liter / hari
8 Penyelenggaraan Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan. Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
9 Pembinaan Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti pembinaan berskala kecil dan kerja-kerja kontrak berskala kecil.
    Semenanjung Malaysia:
    • Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
    Sabah, Sarawak & Labuan:
    • Diesel: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
10 Bantuan Kecemasan • Kegunaan untuk menggerakkan pekakas, jentera atau enjin bagi bantuan kecemasan jangka masa pendek seperti bencana alam, kawalan penyakit, keselamatan atau pembelajaran, yang disahkan oleh agensi berkaitan.

• Permohonan tidak boleh diperbaharui. Jika perlu, pemohon perlu memohon baharu.
Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian